PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH.... UNTUK KEKANDA HAJAH MAHAYA MOHD YASSIN
BIODATA MAHAYA MOHD YASSIN 
MAHAYA BINTI MOHD.YASSIN lahir di Negeri Sembilan, lulus Sarjana
Sastera, ialah pesara pendidik, penulis, Munsyi Dewan (Bahasa), Bekas Ketua
Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) 2006-2019, bekas Pensyarah
Cemerlang MPRM, Pengulas puisi majalah Dewan
Siswa, DBP sejak 2011,  tamu Sari
Bahasa, Negeri FM sejak 1994. Mahaya menulis puisi dan cerpen untuk
kanak-kanak, remaja dan umum, buku bergambar, memoir, novelet, buku bahasa dan
sastera. Kejayaan; Hadiah Buku Terbaik (1979) Kucing dengan Tupai; Hadiah Sastera Perdana: memoir Kuasa Kata: dari Lisan Mengalir ke Lautan
Aksara, (2012), Pesanan Pendeta
(2013) dan Sakura (2014). Harkat Maya
(2019) dan Buku (2018) memenangi
Anugerah Buku Negara.Mahaya memenangi Anugerah Sastera Negeri Sembilan (2005,
2007) dan menerima Anugerah Sasterawan Negeri Sembilan (2015), Tokoh Seni
Negeri (2002), Tokoh Anugerah Sri Nona, TV3 (1997). 
PUISI-PUISI MAHAYA MOHD YASSIN .
GAGAK  
Gagak hitam di dahan hitam
membawa hasrat terpendam
sambil mematuk dahan   
yang kontang
tidak pernah terkilan. 
Terbang lagi dan lagi
memagut yang rendah dan tinggi 
terus berani   
persekitaran tak dipeduli. 
Dahan dan ranting hitam
mewah daun dan bunga
sebentar cuma 
sebelum tiba saatnya 
bijak mengurus masa    
diperoleh sekelumit sisa.
Gagak hitam kejap azam 
seputih kelopak Sakura 
kecewa
terpadam. 
Hachioji Seminar House, Tokyo 
30 Mac 2010 
SEPASANG SEPATU 
Kupakaikan sepasang sepatu 
Ketika keterujaan tepu
di mana-mana jua
langkah pun bermula. 
Lakarlah peta
ayunlah gerak
masa tidak pernah leka
seatu yang gentar dan sebak. 
Sepasang sepatu
pakailah dengan akal
agar jejak bertapak
siaga berbekal
Bersama-sama-Nyaaaa di puncak! 
Narita. Jepun  
1 Oktober 2010 
MATA HATI 
Sesekali melihat alam Ilahi
mata hati
anak yang bertenaga
dan berani mencuba. 
Pandanglah seputar, pengamatan
luar biasa dan kreatif
penerokaan bernatijah murni. 
Namun,
berpautlah kedua-dua belah tangan 
dan kaki kental
pada tiang iman.
Pasak diri
berniat suci. 
Apabila terjatuh pun
kaya pengalaman. 
Universiti Putra Malaysia
2 september 2017. 

 
 
 
Comments
Post a Comment